Kewujudan Program Rakan Muda adalah merupakan lanjutan dari kajian mengenali belia lepak.Hasil dari kajian ini dan disokong pula dengan data yang diperolehi daripada polis,sekolah,seminar juvana dan belia (terutamanya belia Melayu/Islam) yang terdedah dengan gejala sosial negatif ditahap yang amat merungsingkan.Objektif daripada program ini adalah untuk membangunkan watak dan imej dori remaja dengan penerapan nilai-nilai positif,berdisiplin,hormat-menghormati,bersemangat sukarela,berkerjasama,bersatu padu dan bersemangat patriotik.Selain itu dapat menjadikan Prihatin,Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat ”Yakin Boleh Gemilang”.Di samping itu juga,mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti.Seterusnya dapat mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda.
Rakan Muda Remaja Siber merupakan Rakan terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Bahagian Pembangunan Rakan Muda yg mana antara lain bertujuan mendekatkan belia2 dengan arus pembangunan global disamping memberi peluang dan ruang kepada belia2 setempat untuk mengaktifkan diri dalam dunia siber.
No comments:
Post a Comment